Close

iPhone 18 Pro dan iPhone Fold mungkin tiba pada 8 September

Acara pelancaran produk baru dari Apple dijangka akan diadakan pada minggu kedua September tahun ini.

Menurut laporan, 8 September 2026 dikatakan sebagai tarikh yang mungkin akan dipilih oleh Apple, manakala 9 September pula adalah alternatif. Namun begitu, sekiranya Apple memilih 9 September, tempahan awal dijangka akan dibuka pada 10 September dengan jualan rasmi akan dibuat sekitar penghujung bulan yang sama.

Pada acara ini, Apple akan memperkenalkan iPhone 18 Pro, 18 Pro Max dan juga fon lipat pertama mereka iaitu iPhone Fold. Fon lipat pertama dari Apple mungkin akan dikenali sebagai iPhone Ultra dan akan menjadi tumpuan pada acara ini. Walau bagaimanapun, nama rasmi peranti dan spesifikasinya masih belum diketahui.

Selain tarikh pelancaran, laporan sama turut mendakwa siri iPhone 18 Pro mungkin hadir dengan harga jualan yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan memandangkan Apple telahpun menaikkan harga beberapa produknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN