Selepas diperkenalkan secara rasmi di pasaran China, vivo kini mengesahkan fon lipat terbaru mereka iaitu X Fold6 akan turut tiba ke pasaran global.

Pengesahan ini, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai peranti tersebut kekal eksklusif untuk pasaran China atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan juga senarai negara yang akan menerima peranti tersebut.

Malaysia dijangka akan menjadi negara yang akan menerima peranti ini jika merujuk kepada rekod sebelum ini yang mana model sebelumnya iaitu X Fold5 ditawarkan secara rasmi ke pasaran tempatan.

Sebagai fon lipat kelas andalan, vivo X Fold6 hadir dengan spesifikasi yang berkuasa. Hiadir dengan skrin luaran bersaiz 6.5-inci, skrin utama 8.02-inci, bateri 7000mAh dengan kamera utama 200MP. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 Super Eiditon dan menyokong aksesori teleconverter tawar pengalalam fotografi yang lebih fleksible.