Close

OnePlus dan realme mungkin beralih ke sistem operasi ColorOS

OPPO dikatakan sedang merancang untuk menyatukan sistem operasi OxygenOS dan realme UI ke dalam ColorOS. Sekali gus menjadikan ketiga-tiga jenama iaitu OnePlus, realme dan OPPO menggunakan satu plaform perisian yang sama dan seragam.

Melalui maklumat yang dikongsi, langkah tersebut dikatakan sebahagian daripada usaha OPPO untuk menyelaraskan pembangunan perisian dalam masa yang mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Selain itu, langkah ini mempercepatkan lagi pembangunan ciri baru serta membolehkan penawaran kemas kini diselaraskan untuk semua jenama. Perkembangan ini dilihat selari dengan beberapa laporan lain yang mendakwa OnePlus akan memberi tumpuan kepada pasaran India dan China, manakala realme pula memfokuskan kepada pasaran global.

Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan mengenai laporan ini. Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, ia bakal menyaksikan ketiga-tiga jenama berkongsi satu sistem operasi yang sama, sekali gus memudahkan pembangunan perisian dan penyelenggaraan pada masa hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN