Close

Xiaomi 18 dijangka jadi fon pertama dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6

Siri Xiaomi 18 dijangka akan menjadi fon pertama yang akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu cip Snapdragon 8 Elite Gen 6.

Qualcomm bakal mengumumkan cip andalan baru mereka pada acara Snapdragon Summit 2026 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 September. Selepas pelancaran tersebut, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan siri Xiaomi 18 dengan cip tersebut.

Sekali gus menjadikan Xiaomi sebagai pengeluar terawal yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 pada peranti andalan mereka. Tiga pilihan model yang dijangka akan diperkenalkan iaitu Xiaomi 18, Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max.

Laporan sama turut menyatakan Qualcomm berkemungkinan akan memperkenalkan dua cip andalan iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro. Kedua-dua cip ini dikatakan dibina menggunakan teknologi binaan 2nm, namun tidak dapat dipastikan adakah ia akan dihasilkan oleh TSMC atau Samsung.

Sekiranya laporan ini tepat, Xiaomi sekali lagi akan menjadi pengeluar pertama yang tiba dengan cip andalan generasi baru. Sebelum ini, siri Xiaomi 17 menjadi antara peranti terawal yang menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN