Samsung telah menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada 22 Julai 2026 yang akan berlangsung di London, United Kingdom.
[Invitation] Galaxy Unpacked July 2026: A New Shape Unfolds pic.twitter.com/QM47ZPqOw7
— Samsung Electronics (@Samsung) July 7, 2026
Pada acara ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan barisan baru fon lipat mereka iaitu Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Fold8 Ultra dan Galaxy Z Flip8. Samsung turut berkongsi video ‘teaser’ dengan slogan “A New Shape Unfolds”, memberi gambaran ia hadir dengan rekaan skrin yang berbeza atau lebih lebar, mungkin diperkenalkan sebagai Galaxy Z Fold8.
Walaupun tiada nama rasmi yang dikongsi, namun semua maklumat yang didedahkan adalah merujuk kepada peranti tersebut. Selain siri Galaxy Z baru, Samsung turut dijangka memperkenalkan beberapa perani lain seperti Galaxy Watch Ultra 2, Galaxy Watch9, serta Galaxy Able, yang berkemungkinan peranti baru dalam ekosistem Galaxy.
Pada acara ini, Samsung dijangka akan memperlihatkan Galaxy Glasses, iaitu cermin mata pintar berkuasa AI. Namun begitu, produk tersebut hanya akan dipratonton dan tidak akan dilancarkan pada acara ini.

Bagi pengguna di Malaysia, daftar minat awal untuk peranti ini telahpun dibuka sehingga 22 Julai 2026, pelanggan yang mendaftar berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM62,944, selain menerima e-baucar RM120.