Close

Astro X3 diumumkan – Perkhidmatan penstriman tanpa dekoder dengan harga bermula RM39.99 sebulan

Astro mengumumkan perkhidmatan penstriman baru yang dipanggil sebagai Astro X3, membolehkan pelanggan menikmati kandungan Astro tanpa memerlukan dekoder, pemasangan atau kontrak.

Perkhidmatan ini boleh diaktifkan secara dalam talian dan pengguna boleh terus mengakses kandungan selepas selesai mendaftar. Tawar pelbagai kandungan termasuk Astro Originals, saluran hiburan serta siaran langsung sukan seperti Liga Perdana Inggeris (Premier League), AFC Champions League, UEFA Champions League, Formula 1, MotoGP dan Wimbledon.

Astro X3 menggunakan aplikasi Astro pada TV pintar yang disokong, selain turut menikmati ciri Cross-Screen Streaming melalui Astro GO. Pendaftaran untuk Astro X3 akan dibuka bermula 20 Julai 2026 dengan dua pelan kontrak selama 12 bulan iaitu Entertainment 12 Pack dengan harga RM39.99 sebulan dan Sports 12 Pack dengan harga RM89.99 sebula.

Terdapat juga pelan tanpa kontrak ditawarkan, namun harga langgan sedikit lebih tinggi berbanding dengan kontrak. Untuk Entertainment Pack ia ditawarkan pada RM59.99 sebulan manakala untuk pula Sports Pack adalah RM109.99 sebulan. Walau bagaimanapun, pelan tanpa kontrak ini hanya akan ditawarkan bermula Disember 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN