iPhone 18 Pro dilaporkan bakal hadir dengan rekaan yang lebih tebal berbanding generasi sebelumnya.
Menurut maklumat, iPhone 18 Pro dan 18 Pro Max akan hadir dengan rekaan yang lebih tebal untuk membolehkan ia memuatkan beberapa teknologi baru pada model tersebut. Ketebalan iPhone 18 Pro dikatakan meningkat sekitar 2mm berbanding iPhone 17 Pro. Sebagai perbandingan, iPhone 17 Pro mempunyai ketebalan sekitar 8.75mm.

Sekiranya maklumat ini tepat, iPhone 18 Pro berkemungkinan mempunyai ketebalan melebihi 10mm, menjadikannya antara model iPhone paling tebal pernah dihasilkan. Penggunaan kamera dengan apertur boleh ubah yang memerlukan ruang tambahan menjadikan peranti ini sedikit lebih tebal.
Selain itu, kedua-dua model ini dikatakan akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar sekali gus menawarkan jangka hayat bateri yang lebih panjang.
Walau bagaimanapun, laporan ini masih lagi diperingkat awal dan hanya boleh disahkan selepas Apple memperkenalkan iPhone 18 Pro sekitar September tahun ini.