Close

Siri REDMI Note 17 akan diperkenalkan pada 14 Julai ini

REDMI mengesahkan siri REDMI Note 17 akan diperkenalkan pada 14 Julai 2026 di China. Seiring dengan ketibaannya, REDMI turut berkongsi rekaan rasmi peranti tersebut.

Melalui perkongsian, memperlihatkan perubahan ketara dari segi rekaan berbanding model sebelumnya. Modul kamera kini lebih ringkas dan diletakkan dibahagian atas kiri. Terdapat dua model yang diperlihatkan, warna biru, dikatakan sebagai Note 17 Pro dengan tetapan dwi-kamera belakang, manakala model ungu pula berkemungkinan Note 17 hanya menggunakan satu kamera kamera belakang sahaja.

Selain itu, REDMI turut mengesahkan model Note 17 Pro akan dilengkapi dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2 serta penarafan IP69K, tawar tahap ketahanan lebih tinggi terhadap habuk dan air.

REDMI dijangka akan memperkenalkan empat pilihan model iaitu REDMI Note 17, REDMI Note 17 Pro, REDMI Note 17 Pro Max serta satu lagi model iaitu REDMI Note 17R. Menariknya, terdapat laporan mendedahkan REDMI mungkin tidak akan memperkenalkan model Pro+ yang telah menjadi sebahagian daripada siri Note sejak beberapa generasi lalu.

ARTIKEL BERKAITAN