Close

iPhone Ultra akan tiba seperti yang dijadualkan

Fon lipat pertama dari Apple yang mungkin dikenali sebagai iPhone Ultra dijangka tiba seperti mana yang dijadualkan. Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang iPhone Ultra akan tiba lewat dari apa yang dijadualkan oleh Apple.

Dalam perkembangan terbaru, peranti tersebut dikatakan berada dalam landasan yangn betul untuk tiba seperti yang dirancang. Sumber rantaian bekalan China, iPhone Ultra dijangka akan diperkenalkan bersama iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, yang berkemungkinan tiba sekitar September 2026.

Selain itu, rekaan iPhone Ultra turut dikatakan telah dimuktamadkan dan kini memasuki fasa pengeluaran besar-besaran. Jika dakwaan ini tepat, Apple bukan sahaja akan memperkenalkan iPhone Ultra bersama siri iPhone 18 Pro, namun peranti tersebut berpotensi untuk dijual pada penghujung September.

Terdahulu, terdapat laporan mendedahkan Apple mengarahkan pembekalnya untuk menghasilkan sekitar 10 juta unit iPhone Ultra sepanjang tahun 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN