Close

Qualcomm perkenal Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series – Cip andalan baru yang memfokuskan kepada permainan

Qualcomm secara senyap memperkenalkan satu lagi cip andalan baru iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series. Cip ini diposisikan di antara Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Snapdragon 8 Gen 5, tawar kemampuan yang sama seperti Snapdragon 8 Elite Gen 5 tapi dengan prestasi GPU yang sedikit lebih rendah.

Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series hadir dengan konfigurasi 2 teras utama Qualcomm Oryon dengan kelajuan sehingga 4.6GHz dan 6 teras prestasi dengan kelajuan sehingga 3.62GHz. Dipadankan dengan kemampuan grafik yang lebih rendah iaitu 2 slices GPU Adreno berkelajuan 1.2GHz berbanding 3 slices GPU Adreno pada Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Dari segi teknologi memori, ia menyokong RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1 serta Qualcomm Spectra ISP. Selain itu, ia Qualcomm turut mengekalkan Hexagon NPU, modem Snapdragon X85 5G, sistem sambungan FastConnect 7900.

Walaupun dipasarkan sebagai varian yang lebih memfokuskan kepada permainan, teknologi dan ciri permainan yang ditawarkan sama seperti model biasa iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Siri Redmi K100 Pro akan menjadi fon pertama yang akan menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 V Series, dijangka akan diperkenalkan pada 11 Ogos 2026.

ARTIKEL BERKAITAN