Close

Alliance Bank kini menyokong Apple Pay untuk kad kredit – Cara tambah dalam Apple Wallet

Berita gembira untuk pengguna kad kredit Alliance Bank, anda kini boleh melakukan pembayaran melalui Apple Pay.

Buat yang tidak mengetahui, Apple Pay adalah perkhidmatan dompet digital yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti Apple seperti iPhone, Apple WatchiPad dan Mac.

Untuk mula menggunakan Apple Pay, buka Allianceonline Mobile App dan pergi ke bahagian Virtual Credit Card. Seterusnya, tekan Apple Pay, kemudian pilih Add to Apple Wallet. Kemudian, ikut arahan pada skrin dan tunggu sehingga proses selesa.

Sokongan pembayaran melalui Apple Pay membolehkan pengguna menikmati transaksi yang lebih pantas, selamat dan mudah tanpa perlu mengeluarkan kad fizikal, selari dengan gaya hidup digital masa kini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN