Google secara rasmi memperkenalkan barisan baru peranti andalan mereka iaitu siri Pixel 11, hadir dengan tiga pilihan model iaitu Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL.

Siri Pixel 11 hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Kesemua model ini dikuasakan degan cip Google Tensor G6 dan hadir dengan pelbagai ciri AI seperti Gemini Nano, aplikasi Gemini, Gemini Intelligence, Gemini Live dan Magic Cue.
Selain itu, ketiga-tiga model Pixel 11 menjalankan sistem operasi Android 17 dengan sokongan perisian sehingga 7 untuk Android dan 7 tahun untuk keselamatan. Untuk model premium iaitu Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL ia hadir dengan ciri eksklusif HiLight yang akan menyala apabila terdapat panggilan, notifikasi atau ketika berinteraksi dengan Gemini.

Untuk model asas iaitu Google Pixel 11, ia hadir dengan skrin Actua OLED bersaiz 6.3-inci dengan paparan adaptif 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits. Menggunakan konfigurasi memori RAM 12GB dengan storan 256GB atau 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 13MP Ultra Lebar + 10.8MP Telefoto dengan 5x zum optikal dan 10.5MP untuk swafoto.
Dimuatkan dengan bateri 4985mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W yang mampu mengecasa dari 0% ke 55% dalam masa sekitar kira-kira 30 minit. Turut menyokong penarafan IP68, Bluetooh V6, WiFi 6E dan pengimbas cap jari bawah skrin.

Google Pixel 11 Pro, ia dilengkapi dengan skrin Super Actua LTPO OLED dengan paparan adaptif 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3600 nits. Hadir dengan konfigurasi memori RAM 12GB atau 16GB dengan pilihan storan sehingga 1TB.
Menggunakan konfigurasi kamera yang lebih baik dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 48MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dengan 5x zum optikal dan 42MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 4850mAh yang menyokong pengecasan berwayar 30W. Turut menyokong penarafan IP68, Bluetooh V6, WiFi 7 dan pengimbas cap jari bawah skrin.

Untuk model paling premium iaitu Google Pixel 11 Pro XL, ia hadir dengan skrin Super Actua OLED bersaiz 6.8-inci yang menyokong paparan adaptif 120Hz. Ditawarkan dengan konfigurasi memori RAM 12GB atau 16GB dengan pilihan storan sehingga 1TB.
Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 48MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dengan zum optikal 5x serta Pro Zoom sehingga 120x. Dimuatkan dengan bateri 5115mAh yang menyokong pengecasan pantas yang lebih tinggi iaitu 45W.

Di Malaysia, Pixel 11 dijual pada harga bermula RM3999, manakala Pixel 11 Pro bermula RM4999 dan Pixel 11 Pro XL pula bermula RM5999. Bagi yang berminat, siri Pixel 11 boleh mula dipra-tempah bermula 12 Ogos dan jualan rasmi akan bermula 20 Ogos 2026.