Close

Google Pixel 11 Pro Fold turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM7999

Google turut memperkenalkan fon lipat generasi baru mereka iaitu Pixel 11 Pro Fold, merupakan model keempat dalam siri Pixel 11.

Fon lipat terbaru dari Google ini hadir dengan rekaan yang lebih nipis, ringan dan juga lebih lasak. Menurut Google, Pixel 11 Pro Fold 10% lebih ringan serta 1mm lebih nipis berbanding model sebelumnya. Menggunakan bingkai skrin yang lebih nipis dan menyokong ciri eksklufi lampu HiLight yang akan menyala apabila menerima panggilan, notifikasi atau ketika berinteraksi dengan Gemini.

Google Pixel 11 Pro Fold hadir dengan skrin luar bersaiz 6.5-inci dengan paparan 120Hz dan skrin dalam bersaiz 8-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Skrin luar peranti ini adalah sedikit lebih besar berbanding sebelum ini 6.4-inci dengan bucu jenis bulat.

Dikuasakan dengan cip Tensor G6 yang dipadankan dengan konfigurasi memori 16GB RAM dan storan sehingga 512GB. Menggunkan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 48MP + 10.5MP Ultra Lebar + 10.8MP dengan 5x zum optikal dan swafoto 10MP yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam. Dimuatkan dengan bateri 4806mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Google Pixel 11 Pro Fold menyokong penarafan IP68 dan untuk menjadikan ia tiga kali ganda lebih lasak ia menggunakan engsel tanpa gear, penutup belakang serta kaca penutup seramik. Selain itu, peranti ini menjalankan sistem operasi Android 17 dengan sokongan kemas kini sehingga 7 tahun.

Pixel 11 Pro Fold dijual pada harga bermula RM7999 dan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Olive dan Obsidian. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan jualan rasmi akan bermula pada 20 Ogos 2026.

ARTIKEL BERKAITAN