Close

Shopee Malaysia kini menyokong pembayaran melalui TNG eWallet

Pengguna Shoppe di Malaysia kini boleh membuat pembayaran dengan menggunakan TNG eWallet, sekali gus memudahkan pembelian di platform tersebut.

Walau bagaimanapun, pembayaran TNG eWallet di Shopee hanya boleh dilakukan melalui DuitNow QR sahaja. Bermaksud, pengguna perlu memilih DuitNow QR untuk pembayaran melalui TNG eWallet.

Melalui perkongsian di laman rasmi TNG, terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh dilakukan oleh pengguna. Kaedah pertama, simpan atau ambil tangkap layar kod QR yang dijana oleh Shopee seterusnya buka dalam aplikasi TNG eWallet.

Kaedah kedua, pengguna boleh mengimbas secara terus kod dengan menggunakan fungsi Universal Scan dalam aplikasi. Walaupun proses ini tidak semudah melakukan pembayaran terus melalui TNG eWallet ketika checkout, namun sekurang-kurangnya ia memberikan pengguna lebih banyak pilihan pembayaran di Shopee.

Seiring dengan ketibaan sokongan ini, TNG turut menawarkan cashback melalui program Shop & Earn, berpeluang menerima pulangan tunai 1% dengan had RM6.67 bagi setiap pesanan. Namun begitu, hanya kategori pembelian tertentu sahaja yang layak menerima pulangan tunai.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN