Close

SOCAR bakal tamatkan perkhidmatan ‘car-sharing’ di Malaysia berkuat-kuasa 31 Ogos 2026

SOCAR penyedia perkhidmatan ‘car-sharing’ di Malaysia mengumumkan yang mereka bakal menamatkan perkhidmatan mereka rasmi pada 31 Ogos 2026.

Pengumuman tersebut dibuat melalui aplikasi rasmi SOCAR. Seiring dengan penamatan itu, SOCAR meminta pengguna yang masih mempunyai baki di dompet digital aplikasi diminta untuk menghubungi pihak SOCAR sekiranya mahu membuat pengeluaran atau mendapatkan bayaran balik.

Selain itu, pembelian langganan SOCAR turut dihentikan dan fungsi tambah nilai SOCAR Wallet tidak lagi tersedia bermula 15 Ogos. Berikutan itu, pengguna digalakkan untuk menggunakan baki yang masih ada sebelum perkhidmatan SOCAR ditamatkan.

SOCAR mula menawarkan perkhidmatan car-sharing di Malaysia pada 2018, membolehkan pengguna menyewa kenderaan mengikut jam menerusi aplikasi.

Berbeza dengan perkhidmatan sewaan kereta konvensional, SOCAR membolehkan pengguna mencari kenderaan berdekatan, membuat tempahan dan membuka kunci kereta menggunakan telefon pintar tanpa perlu berurusan di kaunter sewaan.

Sepanjang tempoh operasinya, SOCAR telah memperkenalkan TREVO pada 2020, menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu peer-to-peer. Platform tersebut membolehkan pemilik kenderaan menyenaraikan kereta mereka untuk disewa oleh pengguna lain. Walaupun SOCAR akan menamatkan operasi mereka, namun penutupan ini tidak melibatkan TREVO buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN