Google mengesahkan cip Tensor G6 yang digunakan pada siri Pixel 11 tidak menggunakan teknologi binaan 2nm.
Pada acara pelancaran siri Pixel 11, Google tidak menyatakan secara terperinci mengenai teknologi binaan yang digunakan pada cip Tensor G6. Sekaligus, menimbulkan spekulasi bahawa cip tersebut mungkin menjadi antara cip mudah alih pertama yang menggunakan proses binaan 2nm.

Namun begitu, Naib Presiden Perkakasan Google iatu Peng Yu-Chun, mengesahkan Tensor G6 yang digunakan pada siri Pixel 11 dibangunkan dengan teknologi binaan 3nm dari TSMC. Bermaksud, Tensor G6 menggunakan teknologi binaan yang sama seperti Tensor G5.

Walaupun menggunakan teknologi binaan yang sama namun, Tensor G6 hadir dengan peningkatan prestasi yang ketara berbanding Tensor G5. Menurut Google, Tensor G6 menawarkan prestasi TPU sehingga 50% lebih kuasa dan kecekapan kuasa 30% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.