Close

iPhone Ultra mungkin akan dijual di satu pasaran sahaja

Apple dijangka bakal memperkenalkan fon lipat pertama mereka yang mungkin akan dikenali sebagai iPhone Ultra pada September 2026.

Merujuk kepada laporan terbaru, iPhone Ultra dikatakan tidak akan ditawarkan di semua pasaran sebaliknya hanya tersedia di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke beberapa pasaran utama lain seperti termasuk China.

Lebih menarik, Apple tidak akan mengumumkan harga jualan untuk iPhone Ultra ketika acara pelancaran. Sebaliknya, harga jualan akan dikongsi ke satu tarikh lain. Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada isu pengeluaran yang dihadapi oleh Apple dengan pembekalnya.

Proses pengeluaran besar-besaran iPhone Ultra mengalami kelewatan disebabkan pembekal berdepan lebih banyak masalah semasa ujian pengesahan pengeluaran. Antara komponen yang menjadi punca kepada masalah tersebut adalah engsel dan skrin boleh lipat.

Pengeluaran besar-besaran yang dijadualkan bermula pada Jun telah ditangguhkan ke Ogos. Kini, tarikh tersebut dikatakan mungkin akan ditunda sekali lagi.

ARTIKEL BERKAITAN