Close

realme C100x tiba di Malaysia dengan harga RM999

realme Malaysia secara rasmi memperkernalkan peranti baru ke pasaran tempatan iaitu C100x, merupakan peranti kelas asas yang memfokuskan kepada kapasiti bateri serta menawarkan ketahanan yang lasak.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci LCD dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T7250 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti ini hanya setebal 8.78mm dengan berat sekitar 219 gram.

Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, kamera utama 50MP dan swafoto 5MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.2, WiFi 5 dan menjalankan realme UI yang berasakan Android 16.

Dari segi ketahanan, peranti ini dilengkapi ArmorShell Protection dan MIL-STD 810H. Selain itu, turut menyokong penarafan IP64 bagi perlindungan terhadap habuk dan percikan air. Di Malaysia, realme C100x ditawarkan pada harga RM999 dengan dua pilihan warna iaitu Golden Coast dan juga Deepblue Tides.

ARTIKEL BERKAITAN