Tim Cook secara rasmi menamatkan tugasnya sebagai CEO Apple selepas menerajui syarikat tersebut selama 15 tahun.
Dalam mesej terakhirnya sebagai CEO Apple, Tim Cook telah meluahkan rasa terima kasih kepada seluruh warga Apple dan menyifatkan peluang memimpin syarikat itu sebagai satu penghormatan terbesar dalam hidupnya. Selain itu, beliau turut memberi penghargaan kepada komuniti Apple dengan menekankan bahawa hubungan beliau dengan komuniti itu akan kekal meskipun jawatan rasminya berakhir.
Sending lots of love to the Apple community on my last day as CEO. My title changes tomorrow, but the love I have for the Apple community never will. Thank you for being a constant source of inspiration. My gratitude is endless, and I’m excited for the next chapter!
— Tim Cook (@tim_cook) August 31, 2026
Walau bagaimanapun, Tim Cook tidak meninggalkan Apple sepenuhnya sebaliknya beliau akan beralih ke posisi baru iaitu Executive Chairman yang akan menyumbang dalam aspek strategik dan hubungan global syarikat.
Dalam masa yang sama, Tim Cook turut memberikan sokongan penuh kepada penggantinya, John Ternus, yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan Apple.

Pelantikan John Ternus sebagai CEO dilihat memberi petanda bahawa Apple mungkin akan memasuki era yang lebih memberi penekanan terhadap pembangunan produk dan perkakasan. Sebelum ini, Ternus mengetuai pasukan kejuruteraan perkakasan Apple dan terlibat dalam pembangunan pelbagai produk utama syarikat itu.
Sebagai rekod, Tim Cook menggantikan Steve Jobs pada 2011 dan telah menerajui Apple selama 15 tahun. Tim Cook berjaya menjadikan Apple sebagai syarikat pertama mencapai nilai pasaran $1 trilion pada 2018, menjadikan Apple sebagai syarikat paling stabil dan menguntungkan di dunia.