Xiaomi secara rasmi memperkenalkan Xiaomi 18 Fold di China, sebuah telefon pintar boleh lipat baru yang hadir dengan format berbeza berbanding kebanyakan fon lipat yang ada di pasaran.

Xiaomi 18 Fold tampil dengan rekaan yang lebih lebar dan apabila dilipat, saiznya hampir menyerupai seperti pasport. Peranti ini hadir dengan skrin luar AMOLED LTPO 120Hz bersaiz 5.83-inci sementara skrin utama turut menggunakan panel AMOLED 120Hz LTPO bersaiz 7.58-inci.

Peranti ini hanya setebal 5.02mm apabila dibuka sepenuhnya dengan berat keseluruhan sekitar 219 gram sahaja. Dikuasakan dengan cip Xring 03 dengan konfigurasi 10 teras iaitu 2 x 4.35 GHz C1-Ultra, 4 x 3.68 GHz C1-Premium dan 4 x 3.15 GHz C1-Pro. Untuk GPU, ia menggunakan G2-Ultra NX dengan 18 teras yang menjanjikan prestasi grafik yang berkuasa. Konfigurasi memori yang ditawarkan adalah sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1 dengan RAM LPDDR6.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dari Leica dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dengan zum optik sehingga 3.5x dan swafoto 16MP yang dimuatkan pada skrin luar dan skrin utama. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yan menyokong pengecasan berwayar 67W dan tanpa wayar 50W.
Untuk spesifikasi lain, peranti ini menjalankan sistem operasi HyperOS 4 berasaskan kepada Android 17, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC, UWB dan menyokong penarafan IP58/IP59.

Harga Xiaomi 18 Fold
- 12GB + 256GB – CNY10,999 (RM6628)
- 12GB + 512GB – CNY11,999 (RM7230)
- 16GB + 512GB – CNY12,999 (RM7833)
- 16GB + 1TB – CNY14,999 (RM9038)
- 16GB + 1TB Ceramic – CNY15,999 (RM9641)
Buat masa ini, Xiaomi 18 Fold hanya tersedia untuk pasaran China sahaja dan tidak dapat dipastikan adakah peranti akan tiba ke pasaran global atau sebaliknya.