OPPO mengesahkan siri Find X10 akan diperkenalkan secara rasmi di China pada bulan ini. Dalam masa yang sama, OPPO turut mendedahkan beberapa maklumat awal mengenai sistem kamera yang akan digunakan pada peranti ini.
Melalui perkongsian di Weibo, memperlihatkan rekaan panel belakang Find X10 dan Find X10 Pro Max, sepadan dengan imej yang tertiris sebelum ini. Siri Find X10 bakal hadir dengan sistem kamera baru yang dibangunkan bersama dengan Hasselblad.

Sistem kamera ini mungkin akan dikenali sebagai “Hasselblad Ultra-Clear Native Camera” yang dikatakan mampu menghasilkan warna lebih semula jadi, imej lebih tajam serta pencahayaan dan lebih realistik. Untuk Find X10, peranti bakal hadir dengan tetapan tri-kamera belakang.
Sementara itu, untuk model paling premiun iaitu Find X10 Pro Max ia akan dilengkapi dengan tri-kamera belakang dengan sensor 200MP. Selain sensor, sistem kamera ini akan menggunakan teknologi Danxia Color Reproduction Lens generasi menyokong 24 saluran pensampelan serta julat dinamik sehingga 15EV.
Sistem kamera ini turut memanfaat teknologi LUMO Color Science milik OPPO untuk menghasilkan pemprosesan warna yang lebih tepat. OPPO dijangka berkongsi lebih banyak maklumat mengenai siri Find X10 dalam masa terdekat.