Close

Siri OPPO Find X10 akan diperkenalkan pada 22 September ini

OPPO akhirnya mengesahkan tarikh ketibaan siri Find X10 pada 22 September ini di China. Sebelum ini, OPPO telahpun mendedahkan beberapa maklumat serta membuka tempahan awal peranti tersebut.

Pada acara ini, OPPO akan memperkenalkan tiga pilihan model di bawah siri Find X10 iaitu Find X10, Find X10 Pro Max dan juga Find X10 E. Selain tarikh pelancaran, OPPO turut mendedahkan reka bentuk, pilihan warna serta konfigurasi RAM dan storan untuk ketiga-tiga model.

Model paling premium iaitu Find X10 Pro Max akan hadir dengan rekaan modul kamera berbentuk segi empat dengan tiga sensor 200MP serta terdapat lampu LED dan juga sensor lain yang dimuatkan pada satu lagi bahagian berbentuk pil.

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Moon White, Light Titanium dan Warm Orange. Untuk konfigurasi memori, ia hadir dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Find X10 turut hadir dengan rekaan baru dengan modul kamera berbentuk segi empat besar yang mempunyai dua bahagian berasingan. Satu bahagian berbentuk petak menempatkan tiga sensor kamera, manakala bahagian berbentuk pil pula menempatkan lampu LED.

Untuk pilihan warna, Find X10 turut ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Clear Orange, Ice Blue dan Light Titanium. Sama seperti Find X10 Pro Max, model ini turut tersedia dengna RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB storan.

Manakala untuk Find X10 E, ia menggunakan rekaan yang sama seperti Find X9 dengan modul kamera belakang berbentuk segi empat yang menempatkan tiga sensor kamera bersama LED flash. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Light Titanium.

Selain siri Find X10, OPPO turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Watch S2 serta Enco X4 TWS pada acara yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN