Close

EV pertama Meizu akan diperkenalkan pada suku pertama 2024

Meizu nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam arena kenderaan elektrik selepas mengumumkan EV pertama mereka akan diperkenalkan pada suku pertama 2024.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Meizu mengenai EV pertama mereka. Melalui perkongsian di Weibo, EV pertama Meizu akan dikenali sebagai DreamCar MX dan akan menggunakan sistem perisian Flyme Auto. Sistem perisian ini telahpun diperkenalkan pada April lalu oleh Meizu dalam usaha untuk memberi pengalaman dan intergrasi yang lancar antara peranti dan EV.

Seperti namanya, DreamCar MX ini dibina dengan bantuan komuniti Meizu. Selain itu, penghasilan dan pembinaan EV ini turut melibatkan Geely dan Polestar. Lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh Meizu mengenai EV pertama mereka dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN