Seperti yang kita tahu, Nintendo bakal memperkenalkan konsol generasi baru mereka pada tahun depan.
This is Furukawa. At today's Corporate Management Policy Briefing, we announced that Nintendo Switch software will also be playable on the successor to Nintendo Switch. Nintendo Switch Online will be available on the successor to Nintendo Switch as well. Further information about…
— 任天堂株式会社(企業広報・IR) (@NintendoCoLtd) November 6, 2024
Dalam perkembangan terbaru, Nintendo mengesahkan yang Switch baru akan turut menyokong permainan sedia ada (backward compatiblity). Dengan menyokong fungsi ini, ia memudahkan pengguna mengakses pelbagai permainan dalam masa yang sama dapat memelihara permainan lama. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah semua permainan boleh dimainkan atau hanya yang terpilih sahaja.

Selain itu, konsol baru ini akan turut menyokong perkhidmatan Nintendo Swtich Online yang kini diakses lebih dari 34 juta pengguna. Melaluinya, ia membolehkan pengguna terus menggunakan akaun yang sama dan dapat mengekalkan langganannya.
Nintendo turut berkongsi mengenai Nintendo Software yang telah dijual sebanyak 1.3 billion unit sejak dilancarkan pada 2017 dan telah dimainkan pada 146 juta Switch di seluruh dunia.