Close

Netflix naikkan harga langganan di beberapa negara

Netflix mengumumkan kenaikkan harga langganan pelan mereka di 4 negara iaitu Amerika Syarikat, Portugal, Kanada dan juga Argentina.

Kenaikkan harga langganan ini melibatkan 3 pelan iaitu standard tanpa iklan, standard dengan iklan dan juga Premium. Harga untuk pelan standard dengan iklan meningkat dari $6.99 sebulan kepada $7.99, pelan standard tanpa iklan pula dari $15.49 sebulan kepada $17.99 dan pelan Premium dari $22.99 sebulan kepada $24.99.

Biarpun mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 16% dengan pendapatan operasi meningkat sekitar 52% kepada 2.3 billion namun Netflix masih menaikkan harga langganan di beberapa negara.

Netlfix kini mempunyai 302 juta pengguna di seluruh dunia. Untuk suku terakhir tahun lalu, Netflix berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 19 juta pengguna baru.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN