Close

Samsung Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+ tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2199

Samsung Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua tablet baru mereka iaitu Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+. Tampil dengan pelbagai peningkatan dan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Galaxy Tab S10 FE hadir dengan skrin bersaiz 10.9-inci manakala Galaxy Tab S10 FE+ pula hadir dengan saiz skrin lebih besar iaitu 13.1-inci. Kedua-dua tablet ini menggunakan skrin jenis LCD yang menyokong paparan 90Hz, kecerahan puncak 800 nits dan teknologi Vision Booster.

Selain itu, kedua-duanya dikuasakan dengan cip Exynos 1580 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB yang turut menyokong MikroSD sehingga 2TB. Menggunakan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 12MP.

Untuk kapasiti bateri, Galaxy Tab S10 FE menggunakan bateri 8000mAh sementara Galaxy Tab S10 FE+ menggunakan bateri yang lebih besar iaitu 10090mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 45W namun tidak tersedia di dalam kotak.

Seperti peranti Samsung yang lain, tablet ini turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti Circle to Search, Solve Math, Handwriting Help, Auto Trim dan banyak lagi. Selain itu, tablet ini turut hadir dengan pelbagai aplikasi kreatif seperti LumaFusion, Goodnotes, Clip Studio Paint, Noteshelf 3, Sketchbook, dan Picsart.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada tablet ini adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi One UI 7.

Senarai harga jualan untuk Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+ :

  • Galaxy Tab S10 FE – RM2199 (WiFi)
  • Galaxy Tab S10 FE – RM2699 (WiFi + 5G)
  • Galaxy Tab S10 FE+ – RM2799 (WiFi)
  • Galaxy Tab S10 FE+ – RM3299 (WiFi + 5G)

ARTIKEL BERKAITAN