Close

Max mula kenakan bayaran untuk profil tambahan

Max yang dulu dikenali sebagai HBO Max mula mengenakan bayaran untuk profil tambahan melalui fungsi ‘Extra Member’ atau ahli tambahan.

Melalui fungsi ini, pengguna perlu membuat bayaran tambahan $7.99 (RM35.18) jika ingin menambah pengguna yang bukan tinggal serumah. Profil tambahan ini akan mempunyai log masuk berbeza dengan pemilik akaun utama.

Namun begitu, ciri ini hanya menyokong satu profil tambahan sahaja untuk setiap akaun. Selain itu, profil tambahan tersebut hanya boleh melakukan penstriman pada satu peranti sahaja dalam satu masa.

Langkah pengenalan profil tambahan ini sama seperti mana yang dilakukan oleh Netflix dan Disney+ sekaligus menamatkan era perkongsian akaun kepada pengguna yang bukan tinggal serumah.

Buat masa ini, profil tambahan ini hanya tersedia di beberapa negara seperti Amerika Syarikat. Tidak dapat dipastikan adakah ciri ini akan turut tersedia untuk pengguna di Malaysia atau sebaliknya. Di Malaysia, Max hadir dengan 2 pilihan pelan iaitu Standard (RM34.90) dan Ultimate (RM52.90).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN