Close

Pelancaran GTA 6 ditangguhkan – Tiba pada Mei 2026

Berita kurang gembira untuk peminat permainan GTA selepas Rockstar Games mengumumkan pelancaran GTA 6 akan ditangguhkan.

Rockstar melalui platform X mengumumkan pelancaran GTA 6 akan ditangguhkan sehingga 26 Mei 2026. Bermaksud, permainan tersebut hanya akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Rockstar menyatakan yang GTA 6 akan tiba seperti mana yang diumumkan iaitu pada musim luruh iaitu sekitar September hingga November tahun ini. Namun, perkara tersebut nampaknya tidak akan berlaku.

Rockstar menyatakan permohonan maaf berikutan penangguhan tersebut. Mereka menyatakan pasukan pembangun memerlukan masa yang lebih panjang bagi memastikan permainan tersebut mencapai kualiti yang diharapkan oleh peminat.

ARTIKEL BERKAITAN