Close

Apple dilaporkan sedang membangunkan cip khusus untuk cermin mata pintar

Apple kini sedang membangunkan cip khusus untuk cermin mata pintar yang akan menjadi pesaing kepada Ray-Ban Meta.

Menurut laporan, Apple sedang membangunkan cip tersebut dengan pengeluar besar-besaran dijangka bermula sekitar 2026 atau 2027. Cip khusus ini direka berdasarkan kepada cip yang digunakan pada Apple Watch.

Dengan menggunakan rekaan yang sama, cip ini akan menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding cip yang digunakan pada peranti seperti iPhone. Cip ini turut dioptimumkan untuk menjadikan ia lebih efisien dan juga cekap kuasa.

Seperti mana Ray-Bans Meta, cermin mata pintar dari Apple akan turut dilengkapi dengan kamera, mikrofon dan juga AI. Bukan itu sahaja, ia mungkin akan menawarkan fungsi yang hampir serupa seperti merakam foto, video dan terjemahan.

Selain itu, Apple akan mengintergrasikan pelbagai ciri kecerdasan melalui visual seperti mencari maklumat produk, mengimbas persekitaran, penerangan berkenaan objek dan memberikan arahan. Cermin mata pintar dari Apple berkemungkinan akan turut menyokong rakaman video spatial.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN