Close

JPJ perkenalkan rekaan baru untuk lesen memandu fizikal

Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan rekaan baru untuk Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Rekaan LMM versi baru ini menggunakan gambar latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad dan terdapat motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan. Manakala, pada bahagian belakang ia menggunakan grafik Istana Negara bersama abstrak flora.

Tidak hanya hadir dengan rekaan baru sahaja, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkat. Mampu mencegah unsur-unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad. Selain itu, ia mempunyai daya tahan penggunaan yang lebih baik sehingga tempoh maksimum 10 tahun.

Walau bagaimanapun, LLM dengan rekaan baru ini hanya tersedia untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara dan bukan warganegara. Peralihan LMM versi baru ini dijangka akan dilakukan secara berperingkat di cawangan-cawangan JPJ tertentu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN