Google bakal menamatkan sokongan kad hadiah atau gift card dan baki prabayar pada Google Play di Malaysia yang akan berkuat kuasa pada 15 Jun 2025.
Seiring dengan penamatan itu, pengguna yang mempunyai kad hadiah dan baki prabayar perlu menebus atau membelanjakan baki sebelum 31 Januari 2026. Selepas 31 Januari 2026, kad ganjaran dan baki akan luput dan tidak lagi boleh digunakan.

Google tidak mendedahkan sebab utama mengapa penawaran ini ditamatkan. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan terdapat pelbagai alternatif pembayaran yang ditawarkan oleh Google pada Google Play.
Selain Malaysia, Google turut menamatkan penawaran gift card dan baki prabayar untuk pengguna di Singapura yang berkuat kuasa pada Februari lalu.