Peranti andalan Google yang seterusnya iaitu siri Pixel 10 mungkin akan diperkenalkan pada Ogos tahun ini.
Menurut sumber terkini, Pixel 10 dan Pixel 10 Pro dijangka akan diumumkan secara rasmi pada 13 Ogos 2025. Laporan ini, menafikan spekulasi awal yang menyatakan siri Pixel 10 akan tiba lebih awal dari kebiasaan.
Siri Pixel 10 akan dikuasakan dengan cip baru iaitu Tensor G5. Cip ini menggunakan teknologi binaan dari TSMC bukan lagi Samsung. Cip ini dikatakan mampu menawarkan prestasi yang lebih berkuasa dan kurang panas. Selain itu, siri Pixel 10 akan menjadi Pixel pertama dari siri Tensor yang dibina oleh TSMC.
Bukan itu sahaja, Google akan turut menggunakan modem baru dari MediaTek yang turut menawarkan sokongan sambungan satelit. Siri Pixel 10 berkemungkinan akan hadir dengan PWM dimming yang lebih tinggi untuk membantu mengurangkan keletihan mata.
Sekiranya maklumat ini sah, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat dan pengesahan rasmi yang akan dikongsi tidak lama lagi.