Nothing secara rasmi mengesahkan peranti andalan mereka iaitu Phone (3) akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4.
Everything enhanced.
— Nothing (@nothing) June 17, 2025
With the latest Snapdragon 8s Gen 4 processor. pic.twitter.com/J7pCciee2d
Nothing sebelum ini menyatakan, Phone (3) akan menjadi peranti premium dengan spesifikasi yang berkuasa. Berikutan itu, pengguna menjangkakan ia akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite sebaliknya menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 4.
Walau bagaimanapun, cip ini mampu memberikan prestasi yang tinggi dalam masa yang sama menjadikan harga jualan untuk Phone (3) sedikit lebih murah berbanding jika menggunakan cip Snapdragon 8 Elite.
Phone (3) dijangka akan membawa perubahan dari segi rekaan selepas dilaporkan tidak lagi menggunakan sistem LED Glyph. Namun begitu, ia masih mengekalkan identiti unik yang menjadi tarikan utama jenama ini.
Nothing akan memperkenalkan Phone (3) pada 1 Julai 2025 bersama dengan produk baru iaitu Headphone (1).