HUAWEI telah menjadualkan acara pelancaran global untuk siri Pura 80 pada 1 Julai 2025. Acara pelancaran untuk peringkat global akan di Dubai.

Siri HUAWEI Pura 80 telahpun dilancarkan lebih awal di China. Hadir dengan 4 pilihan model iaitu Pura 80, Pura 80 Pro, Pura 80 Pro+ dan Pura 80 Ultra. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah keempat-empat model akan ditawarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.
Seperti generasi sebelumnya, siri Pura 80 memfokuskan kepada kemampuan kamera dengan teknologi yang lebih maju. Berikutan itu, model paling premium iaitu Pura 80 Ultra hadir dengan sistem kamera yang unik dengan lensa periskop menyokong teknologi dual-lens shifting system.
Di China, Siri HUAWEI Pura 80 dijual padah harga bermula sekitar CNY6500 (RM3833) dan mencapai sehingga CNY10c,999 (RM6473).