Close

Samsung Galaxy M36 diperkenalkan – Guna cip Exynos 1380 dengan bateri 5000mAh

Samsung secara rasmi memperkenalkan peranti baru di bawah siri M iaitu Galaxy M36. Hadir dengan rekaan yang dipertingkat namun kekal dengan spesifikasi yang hampir sama seperti model sebelumnya.

Samsung Galaxy M36 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus+. Dikuasakan dengan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 25W. Seperti model Samsung yang lain, Samsung menjanjikan kemas kini sehingga 6 tahun untuk Galaxy M36.

Di India, Samsung Galaxy M36 ini dijual pada harga bermula sekitar INR22,999 (RM1310) dan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Orange Haze, Velvet Black dan Serene Green.

ARTIKEL BERKAITAN