Close

Tecno bakal perkenal fon tri-lipat pada pertengahan Julai ini

Tecno dijangka akan memperkenalkan fon tri-lipat pertama mereka secara rasmi ke pasaran tidak lama lagi. Peranti tersebut akan dikenali sebagai Phantom Ultimate G Fold pengganti kepada Phantom Ultimate 2 yang pernah diperlihatkan di acara MWC 2025.

Phantom Ultimate G Fold hadir dengan rekaan lipatan ke dalam atau inward-folding bagi membolehkan skrin utama dilindungi sepenuhnya apabila dilipat untuk mengurangkan risiko kerosakkan. Tecno menyatakan, peranti ini akan menggunakan skrin fleksible dan mekanisme dwi-engsel yang menjanjikan tiada kesan lipatan kelihatan apabila peranti dibuka sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, engsel ini turut menyokong pelbagai sudut lipatan dan posisi formasi yang fleksibel. Selain itu, Tecno mendakwa Phantom Ultimate G Fold akan menjadi fon tri-lipat paling nipis di pasaran iaitu lebih nipis berbanding HUAWEI Mate XT Ultimate yang hanya setebal 3.6mm apabila dibuka. Untuk fotografi, peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang.

Walau bagaimanapun, Tecno dikatakan belum bersedia untuk melakukan pengeluaran besar-besaran untuk Phanton Ultimate G Fold. Namun begitu, ketibaan peranti ini memberi gambaran tentang masa depan rekaan fon lipat dari Tecno.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN