Close

Apple Vision Pro versi kemas kini mungkin tiba pada penghujung tahun ini

Set kepala realiti dari Apple iaitu Vision Pro dijangka akan menerima versi kemas kini yang akan tiba seawal hujung tahun ini.

Menurut laporan, Apple telah bersiap sedia untuk memperkenalkan versi kemas kini untuk Vision Pro. Walaupun bukan versi baru secara sepenuhnya namun ia membawakan beberapa penambahbaikan penting.

Cip Apple M4 dijangka akan digunakan pada Vision Pro versi kemas kini yang menjanjikan peningkatan prestasi dan Neural Engine. Cip lebih berkuasa diperlukan untuk membolehkan pelbagai ciri AI dimuatkan pada peranti ini.

Selain itu, Vision Pro versi kemas kini ini akan dilengkapi dengan strap atau tali baru yang direka semula untuk mengurangkan tekanan pada bahagian leher dan kepala. Tali baru in jugak dikatakan lebih selesa untuk penggunaan jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, tiada perubahan dari segi berat bermaksud berat peranti kekal sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN