Close

Permainan Upin & Ipin Universe kini tersedia untuk dimuat turun – Harga bermula RM170

Permainan video Upin & Ipin Universe kini tersedia untuk dimuat turun di platform konsol dan juga PC iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Steam dan Epic Store.

Permainan ini ditawarkan pada harga bermula sekitar RM170 namun berbeza mengikut platform. Sebagai contoh, di PlayStation Store permainan ini ditawarkan pada harga RM172.18 manakala di Steam dan Epic Store ia ditawarkan pada harga RM177.39. Untuk switch, ia ditawarkan dalam mata wang berbeza iaitu $39.99 (RM169.92).

Upin & Ipin Universe dibangunkan oleh Les’ Copaque Production dengan kerjasama Streamline Studios dan Streamline Media Group. Merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka yang diinspirasikan dari siri animasi popular iaitu Upin & Ipin.

ARTIKEL BERKAITAN