Tecno secara rasmi memperkenalkan peranti baru di bawah siri Pova iaitu Pova 7 4G. Peranti ini hadir dengan pakej yang menarik dan ditawarkan pada harga yang mampu milik.

Pova 7 4G hadir dengan skrin bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 900 nits. Dikuasakan dengan cip Helio G100 Ultimate yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Makro dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar dan menjalankan sistem operasi HiOS 15 berasaskan Android 15.

Peranti ini turut dimuatkan dengan pelbagai ciri AI seperti AI Call Assistant, AI Voiceprint Noise Suppression, AI Eraser 2.0, AI Image Extender dan FreeLink Communication. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP64, pembesar suara jenis stereo, NFC dan Bluetooth 5.4.
Untuk pasaran tempatan, Tecno Pova 7 4G ini ditawarkan pada harga RM599 dan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Geek Black, Hyper Titanium, Magic Silver dan Neon Cyan.