iPad atau Mac boleh lipat mungkin tidak akan tiba dalam masa terdekat selepas terdapat perubahan besar dalam jangkaan pelancarannya.
Berdasarkan dari laporan, projek peranti boleh lipat berskrin besar dikatakan telah ditangguhkan secara dalaman oleh Apple. Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan iPad atau Mac akan menjadi produk Apple pertama dengan skrin boleh lipat bukannya iPhone.
Perubahan secara dalaman menjadikan ketibaan peranti ini lebih lewat seperti yang dijadualkan. iPad atau Mac boleh lipat tidak akan diperkenalkan seawal suku keempat 2026 seperti mana yang pernah dirancang. Laporan lain pula menyatakan, peranti boleh lipat berskrin besar dari Apple berkemungkinan besar hanya akan muncul pada tahun 2028.
Peranti tersebut mungkin hadir dengan saiz skrin sehingga 20-inci dan tiada maklumat tepat adakah peranti tersebut adalah iPad ataupun Mac, memandangkan peranti ini belum memasuki fasa pengeluaran.