Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF telah memperkenalkan jam tangan pintar baru mereka iaitu Watch 3 Pro. Tampil dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Watch 3 Pro hadir dengan satu pilihan saiz sahaja iaitu 47mm dan dilengkapi skrin yang lebih besar iaitu 1.43 inci berbanding model sebelumnya 1.32 inci. Menggunakan skrin jenis AMOLED dengan paparan 60Hz dan kecerahan puncak 650 nits yang menjanjikan pengalaman visual lebih baik untuk penggunaan luar.

Turut hadir dengan pelbagai fungsi kesihatan asas seperti SpO2, pemantaun kadar jantung, pola tidur dan tekanan harian. Menyokong lebih daripada 131 mod sukan secara terbina dengan pengecaman sukan secara automatik. Peranti ini turut dilengkapi dengan sensor heart rate baru yang membolehkan pengesanan denyutan jantung lebih tepat.

Watch 3 Pro dimuatkan dengan bateri 350mAh mampu bertahan sehingga 13 hari untuk pengguna biasa dan menurun kepada 4.5 jam dengan mod AOD diaktifkan. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP68, Bluetooth 5.3, panggilan telefon melalui Bluetooth, intergrasi ChatGPT dan boleh disambung melalui aplikasi Nothing X.

CMF Watch 3 Pro dijual pada harga RM419 dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Dark Grey, Light Grey dan juga Orange.