Close

Lenovo Legion Go 2 diumumkan – Guna cip AMD Ryzen Z2 Extreme dengan bateri 74Wh

Lenovo secara rasmi memperkenalkan konsol mudah alih generasi kedua mereka iaitu Legion Go 2. Tiada perubahan ketara dari segi rekaan namun terdapat beberapa peningkatan untuk menjadikan ia lebih berbanding model sebelumnya.

Legion Go 2 kekal dengan saiz skrin yang sama iaitu 8.8-inci dengan resolusi 1920 × 1200. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Walaupun menggunakan saiz skrin yang sama, namun Lenovo tidak lagi menggunakan panel IPS sebaliknya menggunakan panel baru iaitu Lenovo PureSight OLED.

Dikuasakan dengan dua pilihan cip iaitu AMD Ryzen Z2 atau Ryzen Z2 Extreme yang dipadankan dengan RAM sehingga 32GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 2TB PCIe Gen4. Legion Go 2 hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 74Wh berbanding 49.2Wh pada generasi sebelumnya.

Lenovo turut mengemas kini alat kawalan dan juga sistem penyejuk Legion Coldfront, menggunakan kipas yang lebih besar untuk memberikan aliran haba keluar masuk yang lebih baik. Dari segi sambungan dan audio ia hadir dengan dua 2W speaker, dual mic, WiFi 6E, Bluetooh 5.3, 2x port USB4 dan bicu audio 3.5mm. Selain itu, ia turut hadir dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Konsol mudah alih Legion Go 2 ini akan tiba pada penghujug bulan ini. Untuk permulaan, Legion Go 2 akan ditawarkan pada beberapa pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Harga jualan Legion Go 2 ini bermula sekitar €999 (RM4925).

ARTIKEL BERKAITAN