Close

HONOR X9d 5G akan tiba di Malaysia tak lama lagi

HONOR Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi peranti baru di bawah siri HONOR X iaitu X9d 5G. Seperti yang kita tahu, siri ini lebih memfokuskan kepada keupayaan yang lasak dan kukuh sesuai untuk penggunaan ekstrem.

HONOR X9d 5G telahpun diperlihatkan lebih awal dalam filem Legasi: Bomba the Movie, dan semasa perarakan Hari Kebangsaan bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Peranti ini hadir dengan rekaan kamera belakang jenis bulat dengan tetapan tri-kamera.

Panel belakang menggunakan kemasan seperti leather dengan rekaan sisi jenis rata bukan lagi melengkung seperti model sebelumnya. Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran yang dikongsi oleh HONOR Malaysia.

Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini akan hadir dengan pelbagai peningkatan dari segi ketahanan yang lebih baik dan juga spesifikasi yang lebih menarik. Seperti biasa, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN