Close

Kapasiti bateri siri iPhone 17 tertiris

Kapasiti bateri untuk siri iPhone 17 telahpun tertiris sebelum pelancarannya pada awal pagi Rabu ini. Melaluinya, ia memperlihatkan senarai kapasiti bateri untuk semua model siri iPhone 17.

Berdasarkan maklumat tersebut, terdapat peningkatan bateri pada siri iPhone 17. Untuk iPhone 17, ia dilengkapi dengan bateri 3692mAh, iPhone 17 Air 3036mAh, iPhone 17 Pro 3988mAh dan iPhone 17 Pro Max 4832mAh. iPhone 17 Pro menerima peningkatan paling ketara dengan penambahan kapasiti 633mAh.

Sebagai perbandingan, kapasiti bateri untuk siri iPhone 16 adalah 3561mAh untuk iPhone 16, 2915mAh untuk iPhone 16 Plus, 3355mAh untuk iPhone 16 Pro dan 4676mAh untuk iPhone 16 Pro Max.

Namun apa yang lebih menarik, varian e-SIM untuk siri iPhone 17 menerima peningkatan bateri yang lebih besar berbanding model dengan SIM fizikal. Untuk iPhone 17 Air, ia dilengkapi dengan bateri 3149mAh, iPhone 17 Pro 4252mAh dan iPhone 17 Pro Max 5088mAh. iPhone 17 Pro Max dengan e-SIM menjadi iPhone dengan kapasiti bateri paling untuk setakat ini (5088mAh).

Sekiranya laporan ini tepat, semua model untuk siri iPhone 17 menerima peningkatan kapasiti bateri yang lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN