OnePlus akan menggunakan paparan yang lebih tinggi pada peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 15.
Maklumat itu dikongsi oleh Presiden OnePlus China iaitu Li Jie melalui platform Weibo. Menurut beliau, OnePlus akan kembali menjadi peneraju dalam teknologi paparan tinggi. Sekaligus, mengesahkan kehadiran paparan lebih tinggi iaitu 165Hz pada OnePlus 15. Sebagai perbandingan, kebanyakkan peranti andalan ketika ini menyokong paparan 120Hz.

Dengan penggunaan paparan 165Hz, OnePlus kini berada di tahap yang berbeza berbanding pesaing lain. Beliau percaya, pada akhirnya pesaing atau pengeluar lain akan mengikuti jejak langkah OnePlus. Selain itu, beliau menyambut baik kedatangan Apple ke dalam era paparan tinggi selepas menawarkan paparan 120Hz pada semua model iPhone 17.
OnePlus 15 dijangka diumumkan pada sekitar Oktober, dengan paparan 165Hz akan menjadi tarikan utama.