Close

Qualcomm sahkan nama cip andalan seterusnya – Snapdragon 8 Elite Gen 5

Cip andalan Qualcomm seterusnya akan menggunakan nama Snapdragon 8 Elite Gen 5, perkara tersebut disahkan melalui laman web rasmi Qualcomm.

Pengguna nama Elite menunjukan ia merupakan cip paling premium manakala Gen 5 pula merujuk kepada generasi ke-5. Namun begitu, penggunaan nama tersebut mungkin menjadi persoalan kerana Qualcomm seperti melangkau satu generasi iaitu Snapdragon 8 Gen 4.

Menurut Qualcomm, walaupun menggunakan penjenamaan yang berbeza namun sebenarnya ia adalah kesinambungan daripada generasi sebelumnya. Selain itu, penjenamaan ini dikatakan akan membantu pengguna dan pengeluar memahami barisan cip yang dikeluarkan.

Secara ringkasnya, Qualcomm ingin mengekalkan penggunaan elemen nombor bergenerasi dan menambah ‘Elite’ untuk menunjukkan ia cip dari kelas andalan. Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. siri Xiaomi 17 dijangka akan menjadi peranti pertama yang dikuasakan dengan cip ini.

ARTIKEL BERKAITAN