Close

Siri iPhone 17 kini boleh dibeli di Malaysia

Berita gembira untuk peminat Apple di Malaysia, siri iPhone 17 kini boleh mula dibeli di Malaysia. Seiring dengan ketibaan siri iPhone 17 di Malaysia, Apple Store di TRX dibuka lebih awal iaitu 8 pagi berbanding 10 pagi pada hari biasa.

Siri iPhone 17 tampil dengan pelbagai peningkatan yang menarik merangkumi spesifikasi dan juga rekaan. Dikuasakan dengan cip A19 atau A19 Pro yang menjanjikan peningkatan prestasi CPU dan GPU yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Terdapat juga pilihan model baru iaitu ‘Air’ menggantikan model ‘Plus’ yang memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan juga ringan. Paling menarik, model asas iaitu iPhone 17 kini menyokong ciri ProMotion dan juga Always On Display.

Untuk model Pro, ia hadir dengan rekaan serba baru dengan modul kamera direka semula yang berbentuk segi empat dengan bucu bulat. Selain itu, tiada lagi pilihan storan 128GB dan menyokong pengecasan yang lebih pantas iaitu sehingga 60W.

Di Malaysia, iPhone 17 dijual pada harga bermula RM3999, iPhone Air bermula RM4999, iPhone 17 Pro bermula RM5499, dan iPhone 17 Pro Max bermula RM5999.

ARTIKEL BERKAITAN