Close

HONOR X9d akan tiba di Malaysia pada 24 September ini

HONOR Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu HONOR X9d pada 24 September ini.

Seperti yang kita tahu, siri X dari HONOR ini lebih memfokuskan kepada daya tahan ekstrem. Peranti ini dihasilkan untuk ketahanan yang lebih lasak dan lebih kukuh serta mampu bertahan dalam suhu yang melampau.

Peranti ini bukan sahaja menerima SGS Triple-Resistan Certification, tetapi turut menyokong penarafan IP69K. Membolehkan peranti ini bertahan dalam pelbagai jenis tekanan seperti wap panas, habuk dan air bertekanan tinggi.

Selain ketahanan, HONOR X9d turut dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 8300mAh yang menggunakan teknologi silikon-karbon. Sebagai perbandingan, HONOR X9c dimuatkan dengan bateri 6600mAh.

Pada ketika ini, spesifikasi penuh peranti ini masih lagi menjadi rahsia. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN