Selepas melancarkan V60 Lite 5G pada beberapa hari lalu di Taiwan, vivo kini memperkenalkan pula V60 Lite 4G untuk pasaran Turki.

V60 Lite 4G hadir dengan rekaan yang sama seperti V60 Lite 5G, menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LDPRR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai ciri AI seperti AI Starlight, Smart Eraser 3.0, Smart Photo Enhancements dan lain-lain.
Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. vivo mendakwa, peranti ini boleh dicas dari 1% hingga ke 100% hanya dalam masa 55 minit sahaja. Terdapat beberapa ciri AI yang turut dimuatkan seperti AI Grade Assistance, AI Subtitles, Transcript Assistance dan Google Gemini Live.
Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti Bluetooth 5.0, NFC, penarafan IP65, pensijilan SGS Low Blue Light, ketahanan gred tentera (MIL-STD-810H) dan menjalankan sistem operasi FunTouch 15 berasaskan Android 15.
Di Turki, vivo V60 Lite 4G dijual pada harga bermula sekitar 21,999 TL (RM2240) dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Titanium Blue dan Titanium Black.