HONOR telah menjadualkan acara pelancaran peranti andalan mereka iaitu siri Magic 8 pada 15 Oktober ini di China.

Seiring dengan pengumuman tersebut, HONOR turut berkongsi beberapa maklumat mengenai siri Magic 8. Peranti kekal dengan rekaan yang sama seperti sebelum ini dengan skrin hadapan jenis kuad lengkung dengan modul kamera jenis bulat. Ditawarkan dengan pilihan warna baru yang lebih menarik Sky Blue Gaze.
Sebelum ini, HONOR telahpun mengesahkan siri Magic 8 akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Selain itu, peranti ini akan hadir dengan peningkatan kamera dengan sensor 200MP telefoto.

HONOR dijangka akan turut memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaitu MagicOS 10 yang berasaskan Android 16. Sistem operasi ini dijangka hadir dengan antara muka yang lebih kemas bersama pelbagai ciri baru yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI).